.:Selamat Datang ke Portal Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Tun Abdul Razak:.

Saturday, January 1, 2011

CORETAN HATI



Alhamdulillah, Tahun baru 2011 masihi sudah menjelma, tahun baru bermakna umur kita ini semakin pendek, makin menghampiri saat kematian kita sbgmana y tlh ditetapkanNYA...jadikan tahun baru ini sebagai Tahun kita ubah segala-galanya ke arah kebaikan di dunia & akhirat.

Mari kita mulakan Tahun Baru ini dengan Ayat 5, surah Yunus yg bermaksud:

*Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa*

Sahabatku yg dirahmati ALLAH,

Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2011. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

Jadilah kita muslim yg mengambil peduli tentang perjuangan Islam. Jika kita tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Islam dan Iman tidak akan sempurna dengan hanya sembahyang, puasa, zakat, haji sahaja, dgn langsung tidak ambil peduli maslahah umum untuk kepentingan umat islam. Kezaliman berlaku dan Islam dihina, kita hanya hendak berdiam diri dan mengatakan cukuplah sempurna islam pada diri saja?? Jadilah org yg ingin tahu dan ambil peduli.

Rasulullah SAW bersabda menjelaskan bahawa :

”Sebaik-baik percakapan ialah Kitab Allah, sebaik-baik agama ialah Nabi Ibrahim, sebaik-baik contoh adalah Rasulullah SAW, sebaik-baik ucapan ialah memuji Allah SWT, sebaik-baik bacaan ialah bacaan Al-Quran, seburuk-buruk agama adalah bidaah, sebaik-baik jalan ialah jalan Rasulullah SAW, sebaik-baik mati ialah mati syahid, seburuk-buruk buta ialah sesat setelah mendapat petunjuk, sebaik-baik tindakan ialah melakukan kebajikan, sebaik-baik petunjuk ialah yang disertakan dengan amalan, sedikit yang mendatangkan kepuasan lebih baik daripada banyak tetapi menimbulkan riak, seburuk-buruk taubat ialah taubat ketika hampir mati dan seburuk-buruk penyesalan ialah penyesalan pada Hari Kebangkitan”.

Marilah sama-sama kita bertaubat dan menginsafi akan dosa dan maksiat y tlh kita lakukan sepanjang tempoh 365 hari y lalu..mengimbau dan bermuhasabah semula ttg dosamaksiat dpt menjernihkan semula hati2 y kotor.

“Ya Allah, berat rasanya dugaan Mu untuk ku hadapi. Ku kira diri ku kuat berlari, namun lemah rasa kaki ku biar hanya berdiri. Tuhan...selimutkan aku dengan kasih Mu. Agar tenang jiwa ku dalam perjalanan ini, dan dapat ku teruskan langkah sekuatnya menuju destinasi abadi”.

Nasihat buat sahabat-sahabat:

Usah dimulakan pagi di tahun baru ini dengan 'selimut-selimut kosong'..bangkit dan berkhidmatlah kpd Allah segera! Tanyalah pd diri, Berapakah UMUR kita??? Apakah USAHA yg telah kita lakukan untuk agama ISLAM??? Ayuh bersama-sama kita mengejar keredhaan Allah dengan meningkatkan ibadah dan amal soleh.

Semoga kehadiran tahun 2011 ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.

“Apabila telah berusaha maka bertawakallah kepada Allah”. (Al-Imran : 159)

Wallahu a'lam bissowab.

26 Muharram 1432H
1 Januari 2011

No comments:

Post a Comment