" Seribu perkataan cukup untuk memahamkan manusia, tapi 10 perkataan sudah cukup untuk telinga yang mahu mendengar dan otak yang mahu berfikir"
Prinsip mempelajari ilmu ialah biar belajar sedikit tetapi faham banyak dan selalu ingat. Keadaan ini lebih baik daripada belajar banyak tetapi faham sikit dan kerap lupa.
Tanpa kesedian otak yang optimum, kelupaan memang mudah terjadi. seseorang yang duduk dihadapan guru dengan fikiran yang melayang selalunya tidak akan beroleh apa-apa pada akhir sesi pengajian. Tetapi seseorang yang cukup bersedia, seminit baginya umpama sehari menghimpun ilmu.
Orang yang belajar ilmu agama tentu lebih patut bersedia kerana ilmu agama memerlukan lebih kefahaman berbanding hafalan. Maka simpulkan kepentingan memahami agama itu melalui pesanan-pesanan berikut:
- Bersyukur bila mendapat nikmat, sabar tatkala didepani kesulitan, tawakal sewaktu merangka program, ikhlas dalam segala amal perbuatan, jangan biarkan hati larut dalam kesedihan, dan tak usah menyesal kerana sesuatu kegagalan.
- Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan, jangan cemburu dengan kekayaan, usah tamak kepada harta, dan jangan hancur kerana kezaliman.
- Jangan goyah kerana fitnah, usah campuri harta dengan yang haram, jangan sakiti hati ibu dan ayah, jauhi diri daripada dosa-dosa besar, dan usah membiasakan diri dengan dosa-dosa kecil,
- Banyak berkunjung ke rumah Allah, lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk, lakukan solat fardhu pada awal waktu, dan banyakkan zikir dan doa kepada Allah S.W.T. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan, bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah, penuhi janji apabila telah diikrarkan, dan mintalah maaf kerana sesuatu sebab apabila tidak dapat ditepati.
- Jangan mempunyai musuh kecuali iblis dan syaitan, hormati setiap orang jangan terlampau takut pada manusia, jangan sombong, takbur dan besar kepala, berlaku adillah dalam segala urusan, hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran, dan membanyakkan silaturahim. Tutuplah aurat sesuai dengan petunjuk islam, hargai waktu, disiplin waktu dan manfaat waktu, biasakan hidup bersih, tertib dan teratur, jangan terlalu banyk berhutang dan jangan terlampau mudah berjanji.
- Selalu ingat akan saat kematian dan sedarlah bahawa kehidupan dunia merupakan kehidupan sementara. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab, laksanakan segala tugas dengan penuh ikhlas dan sungguh-sungguh, sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan, jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara, kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain, dan jangan membuat orang lain menderita atau sengsara.
- Hidup manusia akan sentiasa selamat selagi dia menjaga hak dirinya dan hak orang lain terhadap kehidupannya. Jaga hak orang yang bergantung hidup terhadap dirinya, hak dirinya terhadap agama yang dianutinya, dan hak masyarakat juga negara terrhadap dirinya itu.
- Namun, biarlah kelihatan mudah, rmai manusia gagal menjadikan hidup masing-masing berkualiti mengikur perspektif agama.. Mereka lebh senang berajakan keinginan-keinginan luar yyang kurang didasarkan pada kehendak-kehendak Tuhan, Hanya orang yang memahami ilmu dengan hati yang bersih akan memperoleh petunjuk Allah S.W.T
Itulah bekalan seseorang untuk menghadapi hidup sebab seribu perkataan cukup untuk memahamkan manusia. Tetapi 1- perkataan sudah cukup untuk telinga yang mahu mendengar dan otak yang mahu berfikir.
No comments:
Post a Comment