.:Selamat Datang ke Portal Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Tun Abdul Razak:.

Thursday, November 18, 2010

BATAS - BATAS AURAT WANITA








Terdapat tiga pokok pembahasan di dalam membicarakan tentng wanita dan aurat.
1. aurat wanita di dalam rumah
2. aurat wanita di dalam solat
3. aurat wanita di luar rumah


Maksud aurat : Aurat adalah bahagian daripada tubuh manusia yang tidak boleh diperlihatkan, melainkan apa yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya, baik laki-laki ataupun wanita.

Batas aurat kaum lelaki

Aurat laki-laki adalah antara pusat dan lututnya. Rasulullah s.a.w bersabda:

" Telah berkata Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w pernah melalui seorang laki-laki yang pahanya sedang terbuka." Maka sabdanya, " Tutuplah pahamu, kerana paha seorang laki-laki itu s sebahagian daripada auratnya,"
(Riwayat Ahmad)

Batas Aurat Wanita Di Rumah

Rasulullah s.a.w bersabda:

Telah berkata Aisyah r.a: " Sesungguhnya, Asma' binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis, " Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda,

"Wahai Asma', sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya."

" Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan,"


Aurat Kaum Wanita Di Rumah
Aurat yang boleh diperlihatkan di hadapan keluarga yang mahram

1. suami
2. Ayah
3. Ayah suami - mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami - anak tiri.
6. Saudara kandung - adik beradik
7. Wanita-wanita islam
8. Hamba-hamba yang dimiliki
9. Anak-anak saudara kandung
10. Pelayan yang sudah tua dan tidak memiliki lagi nafsu syahwat terhadap wanita.
11. Anak laki-laki yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Di depan selain mahram

Aurat wanita yang di dalam rumah dan di hadapan saudara atau orang yang bukan mahram sama dengan aurat wanita di luar rumah, ertinya wajib ditutup.


Aurat Wanita di luar rumah

Wanita islam apabila hendak keluar rumah diwajibkan menutup seluruh tubunya dan tidak menampakkan kecantikan dirinya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan anggota tubuh yang lain adalah merupakan aurat yang harus disimpan dan ditutup.

No comments:

Post a Comment