.:Selamat Datang ke Portal Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Tun Abdul Razak:.

Tuesday, November 30, 2010

NIKMAT DAN NIQMAH


Firman ALLAH SWT bermaksud; “ Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku Telah memuliakanku". ( Surah Al-Fajr:15 )

ULASAN AYAT:

1. Nikmat bermaksud kesenangan, keselesaan dan serba mencukupi dalam kehidupan. Niqmah ialah kecelakaan yang merosakkan kehidupan. Nikmat ALLAH SWT tidak pernah habis dan terbatas ke atas setiap hamba-hambaNYA. ALLAH SWT menunjukkan kasih sayangNYA adalah dengan mengurniakan nikmat.

2. Nikmat dan kelazatan, dua perkata yang saling berkaitan antara satu sama lain. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah antara unsur-unsur nikmat yang ALLAH SWT berikan kepada manusia.Tetapi tidak semua kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah nikmat dari ALLAH SWT, bahkan mungkin satu niqmah (kecelakaan) dari ALLAH SWT.

3. Kelazatan maksiat, kesedapan, keenakan, keseronokan yang berasaskan nafsu syaitaniah, melakukan maksiat dan dosa bukanlah nikmat, tetapi ia adalah kecelakan dan kemurkaan ALLAH SWT.

4. Manusia yang mengecapi berbagai kelazatan dan keseronokan dengan cara yang dibenarkan dan redhai ALLAH SWT adalah orang yang mengecapi nikmat ALLAH dan kesyukuran terhadap nikmat tersebut sangat bererti. Sebaliknya orang yang mengecapi keseronokan, kelazatan dengan cara yang bertentangan dengan ajaran ALLAH SWT, maka mereka sebenarnya sedang melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap ALLAH SWT. Sekiranya mereka bersyukur dengan lidah mereka atas keseronokan dan nikmat tersebut, itulah syukur orang munafiq yang tidak ada nilai disisi ALLAH SWT.

5. Oleh itu Hakikat nikmat itu ialah segala anugerah dan pemberian yang diberikan kepada manusia dan dengan cara yang diredhai oleh ALLAH SWT, sebaliknya sesuatu yang haram atau sesuatu yang diperolehi dengan cara yang haram, atau perkara yang baik tetapi digunakan pada perkara yang haram bukanlah nikmat tetapi niqmah dan kecelakaan ke atas pelakunya.

6. Nikmat yang hakiki adalah nikmat yang berkaitan dengan kebahagian yang berkekalan, iaitu nikmat yang membawa kebahagian di akhirat, itulah nikmat iman dan Islam, nikmat hidayah ALLAH SWT, jalan lurus yang sentiasa dipohon.

WALLAHU’ALAM

JK Dakwah&Tarbiyyah
PERMAI'10

No comments:

Post a Comment