Monday, December 6, 2010
KENALI SAHABAT NABI S.A.W
SAHABAT NABI
Sahabat Nabi S.A.W, dari kata shahabah (ash-shahaabah) adalah mereka yang mengenali dan melihat secara langsung Nabi Muhammad S.A.W, membantu perjuangan Nabi S.A.W dan meninggal dalam keadaan Muslim.
DEFINISI
Ibnu Hajar al-Asqalani asy-Syafi'i pernah berkata:
"Ash-Shabi (Sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah S.A.W, beriman kepada Baginda S.A.W dan meninggal dalam keadaan Islam"
Para Sahabat R.A didefinisikan sebagai mereka yang mengenali Nabi Muhammad S.A.W, mempercayai ajarannya, dan meninggal dalam keadaan Islam. Para Sahabat R.A utama yang biasanya disebutkan sehingga 50 sampai 60 nama, yakni mereka yang sangat dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sahabat R.A disebut pula murid Nabi Muhammad S.A.W.
Identifikasi terhadap Sahabat Nabi S.A.W, termasuk status dan tingkatannya merupakan hal yang penting dalam dunia Islam kerana dapat digunakan untuk penilaian kesahihan suatu hadits mahupun perbuatan Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh mereka.
MENURUT BUKU SAHABAT NABI DARI MATA AHLUL SUNNAH
1. Para Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah generasi terbaik dari seluruh umat, sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan sabdanya, "Sebaik-baik kurun (generasi) adalah kurunku (Sahabat) kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) kemudian yang sesudahnya (Tabi'ut Tabi'in)." (HR. Bukhari [2509], Muslim [2533], dan Tirmidzi [3859])
2. Para Sahabat R.A adalah penyambung Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan umatnya kerana umat ini menerima syariat dari mereka yang telah menerimanya langsung dari Rasulullah S.A.W.
3. Kemenangan dan perluasan wilayah kaum muslimin yang besar adalah kerana keberhasilan para Sahabat R.A.
4. Para Sahabat R.A telah menyebarkan di tengah-tengah umat ini berbagai macam keutamaan seperti kejujuran, nasihat, akhlaq, adab-adab yang itu semuanya tidak didapati pada selain mereka.
JK Dakwah&Tarbiyyah
PERMAI'10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment