.:Selamat Datang ke Portal Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Tun Abdul Razak:.

Monday, December 6, 2010

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN




ASSALAMUALAIKUM..

Kisah ini berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a, bukan niat untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai peringantan untuk diri aku dan sahabat-sahabat di Facebook terutama bagi kaum lelaki. Ini kerana aku tidak mahu di dalam golongan seperti Allah gambarkan dalam surah As-Saff:2-3

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Tetapi aku berpegang kepada Hadis Rasullulah yang diriwayatkan oleh Imam muslim iaitu sampaikanlah walau satu ayat daripada aku dan katakanlah kebenaran walaupun kebenaran itu pahit.

Kisah ini dimana, ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat lelaki tadi. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut " Laa Ilaaha Illallahu Muhammadu Rasullulah, mengapa kamu semua hendak membunuh aku? aku tidak berdosa dan tidak bersalah. Allah s.w.t yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksa mayat ini sehingga hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya," Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini ?"

Berkata ular," Dia telah melakukan 3 kesalahan"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita sama-sama untuk beramal soleh, dan berdoa kepada yang Maha Esa, agar kita tidak dikalangan orang yang seperti 3 perkara diatas.

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (As-Saff : 10-12)

JK Dakwah&Tarbiyyah
PERMAI'10


No comments:

Post a Comment